
Imtihan umpama supplement atau vitamin yang bersifat sementara tapi mampu membentuk hasil Yang luAR biasa…cube bayangkan..jika sebelum imtihan nilaian dan kuantiti bacaaan kite berapa banyak..tapi apabila datangnya waktu imtihan draf atau peratusan bacaan kita akan meningkat mungkin dari 30% menjadi 80%(bagi yang baca buku la...klu malas no coment la…) daripada yang malas datang kuliah sampai nama doktur dokturah yang mengajar madah pun tak tahu dan tak kenal ,jadi rajin pergi kekuliah.. disebabkan imtihan juga..dari kita malas bangun tahajud, kita jadi rajin bangun tahajud…dari kita malas membaca Al-Quran ,jadi rajin sehingga mampu menghabiskan satu juzuk setiap rakaat..hebatkan penangan imtihan nie…
Tapi kesan nya hanya bersifat sementara..adakah hidup kita ini sentiasa memerlukan supplement baru kite bertindak…kalau anda berpendapat begitu..jelas lah anda seorang yang sakit..yang sentiasa mahu diberi ubat..anda sakit dalam menentukan hidup anda..anda sakit dalam matlamat hidup anda..anda sakit dalam pencarian sebenar kehidupan anda..
Kasihanilah pada diri anda,,kita sedia maklum ..kalau tubuh badan kita sentiasa bergantung pada ubat..pasti ada effect yang mendatang…sama ade secara jelas atau tidak..sama ada secara cepat atau tidak..
Jadilah penuntut ilmu yang sebenar…bukan bermusim,ketika waktu exam semakin dekat baru lah kita kelam-kabut menuntut ilmu,itu tandanya anda bukan mahu menjadi hamba Allah yang berilmu ,tapi anda memilih untuk menjadi hamba exam,maka akan berlakulah selepas exam segala ilmu yang dipelajari lupa dan tidak dapat ditasbitkan pada diri apatah lagi untuk disebarkan ilmu tersebut..Jom sama-sama kita tajdidkan niat kita..kita alihkan perhatian kita.kita ubah steering kehidupan kita agar sama-sama kedestinasi yang tepat dan diredhoi Allah..Jadikan exam ini sebagai satu langkah permulaan untuk kita berubah kearah yang lebih baik..iaitu menjadi seorang penuntut ilmu yang sebenar..berjanjilah pada diri untuk bersungguh-sungguh dan terus berusaha kearah merealisasikan amanah khalifah Allah yang terpundak dibahu kita,Amanah Rasul,amanah Ibu bapa,dan AManah UMMAH…kerana hanya dengan ilmu segala kegelapan pasti bertukar cerah..segala kesesatan pasti dapat kembali kearah yang betul..segala kesuraman pasti akan membawa keceriaan..segala gundah gelana,keluh kesah pasti menjadi sebuah keindahan dan ketenangan..
Selamat menempuh imtihan ,semoga kejayaan,kecemerlangan yang dirangkul dan diraih menjadi satu batu loncatan dan semangat untuk terus dalam tugas menuntut ilmu..mengamalkannya..serta menyebarkannya..
Nasihat ini dituju khas buat diri sendiri yang masih jatuh bangun dalam meneruskan kelangsungan hidup selaku hamba Allah,,semoga Allah memacu kita kearah rahmat dan maghfirahNYA.








