
Asalamualaikum warahmatullah…
Puteriku,
Sewaktu aku ingin menitipkan tintaku ini buatmu aku merenungimu dengan penuh kasih-sayang.Waktu itu engkau baru berumur beberapa hari selepas engkau dilahirkan kedunia ini oleh ibumu.Aku bersyukur kerana aku dianugerahkan seorang cahayamata bernama wanita yang bakal mewarisi sifat kelembutan ibumu sebagai wanita solehah.Namun perlu engkau ingati akan kelembutanmu itu,bukanlah diskriminasi Tuhan terhadapmu.Aku berpesan buatmu tentang keadilan Tuhanmu.Betapa agungnya Dia menciptakan dirimu sebagai insan yang bernama wanita supaya kau disanjungi anugerahNya buatmu.
Keagungan Tuhanmu mengatasai segalanya.Oleh itu patuhilah segala perintahNya lantaran kau terpilih dijadikan Cuma sebagai hamba dan jauhilah laranganNya untuk menunjukkan kasihmu terhadapNYa.Perhatikan segala amanahNya buatmu kerana amanahNya perlu kau dahulukan daripada amanah makhluk-makhluknya.Selamatlah dirimu tika mana kau memilih jalan taqwa dan meninggalkan perangkap masiat dan kehinaan.Puteriku!berimanlah dikau dengan Allah yang maha agung.Yakinlah pada ajaran dan sunnah Rasullah s.a.w.Berpeganglah pada dustur yang mengajarmu tentang tarekat hidupmu lantas ketauhidanmu terhadap penciptamu.Yakinilah bahawa setiap perkhabaran para rasul itu benar sekalipun berita yang dibawa itu bukan Cuma berita gembira,
Puteriku,
Hari ini aku akan menamakan dirimu.Aku memilih nama seorang wanita yang aku kagumi dari kalangan wanita-wanita yang lain yang turut juga menjadi idola.Namun hatiku Cuma muyul untuk menamakan dikau dengan nama ini.Janganlah sesekali engkau merasa jengkel dan kekurangan dengan namamu ini.Paling tidak merasa cemburu dengan nama-nama temanmu yang barangkali jauh lebih up to date.Percayalah bahawa namamu ini sudah memadai untuk kau merasa rendah diri terhadap tuhanmu dan bertanggungjawab untuk menadalani peribadi yang pernah bernama seperti itu,ingatlah kau bakal menjadi serikandi sepertinya suatu masa nanti.
Aku berpesan kepadamu tentang limu.Ilmu itu mengangkat darjat manusia.Ilmu jugalah yang mencipta peradaban ciptaan manusia yang hakikatnya adalah ketentuan ilahi ,Ilmu jugalah yang memisahkan kekufuran bila hidayah dicampakkan ke kalbu manusia.Oleh itu usah kau pencilkan dirimu dari ilmu kerana kau bakal bergelar seorang ibu yang akan mendidik anak-anakmu nanti.Ilmu duniawi dan ilmu Uhkrawi ,kedua-duanya muhim buatmu,namun ilmu ukhrawi lebih aham.Justeru aku akan menyekolahkanmu disekolah aliran agama supaya cita-citaku itu menjadi pasti.
Sewaktu kecilmu engkau diasuh ibumu.Engkau dibelai manja.Ketika salahmu engkau diteguri supaya engkau berhati-hati dilain kali.Ketika betulmu aku dalam diam mensyukuri kepintaran yang Allah kurnia buatmu.Patuhilah perintah kedua ibu bapamu selagimana ianya tidak berselisih dengan ajaran Islam.Usahlah engkau bersedih tika kau gagal sekali .Sebaiknya berusahalah dengan lebih gigih kerana engkau masih mempunyai peluang untuk kali kedua.Janganlah engkau pencilkan kesedihan dengan esak tangismu yang menyayukan hati.Janganlah kau salahkan tuhanmu tika lara dan duka mengunjungi laman hidupmu.Sedarilah itulah ujian TuhanMu untuk menilai kesabaran dan ketaqwaanmu terhadapNya.
Puteriku,
Apabila usiamu mencecah Sembilan tahun,engkau akan bertukar status dari seorang kanak-kanak perempuan menjadi wanita.Ya…wanita yang mempunyai tanggungjawab terhadap agama,diri,keluarga,bangsa dan Negara.Engkau bakal mengalami peristiwa ganjil.Janganlah engkau takuti akan peristiwa itu lantaran ia adalah perkara ghalib untuk kaum hawa.Engkau akan mengalami haidh.Ia adalah darah yang keluar dari kemaluanmu ketika kau dalam keadaan sihat.Engkau perlu tahu hukum-hakam mengenainya.Apa yang perlu engkau lakukan dan apa yang ditegahi agama terhadapmu.Janganlah engkau merasa hina dengan ia kerana ia adalah suatu urusan yang ditentukan Allah kepada wanita-wanita berketurunan Adam.
Selepas kejadian ganjil itu engkau punya tanggungjawab besar.Engkau perlu lunaskan tanggungjawabmu terhadap agamamu.Janganlah kau abaikan tanggungjawab mu terhadap kesucian dirimu.Apabila sudah berhenti haidhmu maka bersegeralah engkau menyucikan dirimu dan kerjakanlah semula amal ibadatmu.Sesudah itu engkau akan mengalami peristiwa tadi berulang-ulang kali sehingga kau mengerti hikmah ketentuan ilahi terhadapmu.Usahlah kau merasa pelik jika aku tuturkan untukmu bahawa ada wanita yang tidak pernah mengalami haidh dalam hidupnya.Dialah puteri RAsullah(Fatimah Az-zahra’ r.a)Ada wanita yang Cuma datang haidhnya sekali seumur hidup.Ada yang setahunnya sekali ,Ada yang jarang-jarang sekali dan normalnya ia datang setiap bulan.Maka hitunglah .Paling kurang haidh itu adalah sehari semalam dan paling lama tempohnya adalah 15 hari beserta malamnya.Tentu engkau merasa pelik mengapakah aku menulis warkah ini seperti ini bukan?Aku ingin mengajarmu tentang hidupmu.Tidaklah seorang wanita yang haidh itu,kecuali haidhnya merupakan kifarat(tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu,dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca``Alhamdulillahi a’laa kulli halin wa Astaghfirullah”Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku pohon ampun kepada Allah atas segala dosa.Maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui siratul mustaqim yang aman dari seksa,bahkan Allah Ta’ala mengangkatnya keatas darjat,seperti darjatnya 40 orang mati syahid ,apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.Justeru janganlah engkau segan silu bertanya tentang urusan agamamu pada hal yang tidak engkau ketauhi atau engkau ragui kesahihannya kepada orang-orang yang lebih mengetauhi .Janganlah engkau bertanyakan pada orang jahil kerana kelak fatwanya menyesatkan dirimu.
Selepas tempoh itu engkau akan membesar menjadi seorang wanita.Tubuh badanmu akan mengalami perubahan sedikit demi sedikit sehingga engkau bakal dikagumi oleh lelaki.Wajib tika itu engkau menutup auratmu terhadap pandangan lelaki ajnabi.Engkau tidak betah lagi untuk menanyangkan tubuhmu lantaran ia adalah fitnah yang merosakkan.Waktu itu juga citarasamu akan berubah.Perasaanmu untuk mendekati dan berkawan dengan kaum lelaki melonjak-lonjak.Engkau akan girang bila engkau punyai teman berlainan jantina .Itulah yang dinamakan ihktilat.Biasanya ia berlaku ketika usia peralihanmu sewaktu engkau menduduki tangga menengah alias usia remaja.Umur sementahmu itu pada hematku tidak wajar engkau berbuat begitu melainkan untuk urusan-urusan yang dibenarkan syariat.Ikutlah jejak ibumu.Dialah modus operandi terhampir buatmu.Seingatku dia tidak pernah berpacaran dengan lelaki ajnabi selainku.itupun selepas kami diikat dengan pertunangan.Namun masih merai’kan tuntutan syara’
Puteriku,
Engkau adalah anak pasca alaf kemodenan.Paling tidak engkau adalah generasi ahkir zaman. Oleh itu janganlah engkau sia-siakan zaman mudamu dengan hiburan dunia yang melekakan.Penuhilah dadamu dengan ilmu.Tidak rugi engkau menjadi seorang yang berilmu seperti beberapa tokoh serikandi islam yang pernah melakarkan sumbangan mereka terhadap Tamadun islam.
Lihat saja Saidatina A’isyah r.a yang terdidik oleh madrasah Rasul.Dia betah menjawab persoalan-persoalan yang diajukan lantaran kefaqihannya yang terbukti.Mengimbaukan nostalgia Saidatina Khadijah r.a pasti kita akan terpana akan pengorbanannya yang sukar untuk ditandingi.Pun begitu menyorot kezuhudan dan agung kasih serta cintanya terhadap ilahi tentu sahaja engkau pernah mendengar akan nama Rabiatul Adawiyah.Kesemua mereka itu adalah wanita.
Beruntunglah engkau duhai puteriku jika engkau menyusuli jejak mereka.Aku sengaja menampilkan peribadi-peribadi tadi bukan untuk menghasut cemburumu,malah aku mahukan engkau meneladani jejak mereka.Tidak salah untukmu terjun kemedan jihad kerana ikhlasmu untuk menegakkan agamaAllah.Aku tidak mengajar engkau untuk takut akan mati syahid.Pernahkan engkau mendengar kalam seorang mujahid tentang perjuangan?
Telah berkata As-Syeikh Abdul Qadir Audah: ``jika aku dipenjarakan kerana perjuangan suci ini,aku boleh beruzlah.Jika aku dibuang daerah,aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh kerana perjuangan yang benar ini maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang syuhada’.
Berbicara soal perjuangan merupakan suatu reality kerana hidup ini adalah sebuah perjuangan.Perjuangan membebaskan diri dari cengkaman kekufuran terhadap ilahi.Perjuangan menundukkan hawa nafsu yang sering meronta dalam diri.Perjuangan dititian kesabaran mengerjakan perintah dan meninggalkan larangan tuhan.Perjuangan mendidik diri menjadi seorang hamba dan perjuangan untuk merintis dan mengembalikan kedaulatan Daulah Islamiah yang telah lama hilang.Ya…itulah tugas utama kita.Itulah amanah yang perlu kita tunaskan semenjak kejatuhan khalifah Islamiah Turkey Uthmaniah pada tahun 1924M. Maka sehinggalah perjuangan murni itu tercapai nokhtahnya yang entah bila janganlah engkau menyimpangkan diri dan hatimu dari terus bersama dalam ribat JAmaah Islam.
Puteriku,
Sampai masanya nanti engkau bakal menjadi seorang isteri dan seterusnya bergelar seorang ibu.Usahlah engaku ragui akan jodohmu kerana lelaki soleh itu adalah untuk wanita solehah.Dari itu jika engkau mengidamkan bakal suamimu sehebat SAidina Ali r.a jadikanlah dirimu laksana semulia Fatimah Az-Zahra r.a. Aku nukilkan kata-kata Asma’ Binti Kharizah Fazari r.a diriwayatkan bahawa ia telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya ,``Wahai anakku,kini engkau akan keluar dari sarang dimana engkau dibesarkan.Engkau akan berpindah kesebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali .Itulah suamimu .Jadilah engkau tanah bagi suamimu(dengan mentaati perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu(tempat bernaung).Jadilah engkau lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya.Janganlah engkau bebaninya dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkanmu .Kalau ia mendekatimu,dekatilah ia dan jika ia menjauhimu maka jauhilah ia dengan baik.Peliharalah benar-benar suamimu itu akan hidungnya,pendengarannya,matanya dan lain-lain.Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja daripada dirimu.
Puteriku,
Puisi ini untukmu…..
Kaulah mawar idaman
Tumbuh ditaman larangan
Mekarmu dipagari dan dibajai
Sesuci hatimu seindah Akhlakmu
Dicipta sebagai seoarang wanita
Mewarisi kelembutan wanita solehah
Kembangmu tetap indah
Walau Cuma ditaman larangan
Menyinarkan nur keimanan
Nan mekar dihiasi mahmudah
Berkat asuhan ayah bonda
KAulah serikandi Ummah
Akhlakmu permata diri
Peliharalah maruah dan budi
Nescaya kaulah yang bernama
Wanita sejati
Kebanggaan ayah bonda
Puteriku,
BArangkali engkau sudah bosan membaca warkahku ini.Aku tidak pasti bilakah masanya engkau bakal membaca warkahku ini.KAlau engkau membacanya tika aku masih disampingmu maka anggaplah ini pesananku buatmu wahai peteriku.Jika engkau membacanya tika aku sudah disemadikan itulah wasiatku buatmu.
Untuk mengakhiri warkahku ini aku juga ingin berpesan sebagaimana Luqman Al-Hakim berpesan kepada anaknya…Telah berpesan Luqman Al-Hakim kepada anaknya.``sepanjang hidupku,aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para nabi yang lalu iaitu:
``Apabila engkau sedang solat kepada Allah s.w.t ,maka jagalah baik-baik fikiranmu.Apabila engkau berada dirumah orang lain,maka jagalah pandanganmu.Apabila engkau berada ditengah-tengah majlis maka jagalah lidahmu.Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai dan adabmu.Ingatlah kepada Allah s.w.t .Lupakan budi baikmu terhadap orang lain.Lupakanlah semua kesalahan orang lain terhadapmu.Sentiasa mengingati mati.”
Ayahmu…
Ahki masrawi…








