
THAQAFAH DAI’AH…
Senjata para duat :
1. Iman
2. Akhlaq
3. Ilmu dan thaqafah
tiga perkara inilah yang menjadi tunjang atau senjata para duat untuk bergelumbang didalam lautan dakwah yang mana kita sedia maklum ..lautan itu dipenuhi dengan pelbagai mehnah dan terbulasi yang bisa membuat sesiapa sahaja yang meredahinya pasti akan merasakan betapa sukar laluan ini untuk diredahi dan bisa juga membawa intiti yang meredahinya kecundang ditengah perjalanan .Dengan bersenjatakan tiga elemen ini peredahnya sudah bersedia , dengan perisai utuh yang tidak mudah ampuh walaupun pelbagai cabaran yang mendatang..dia sentiasa bersiap siaga dengan senjatanya..oleh itu teman..kita sebagai khalifah yang dijadikan Allah dimuka bumi ini,memikul tanggungjawab besar dipundak masing-masing untuk menobatkan addin kita sebagai Addin yang syumul dan menaikkan kembali kegemilangan yang kini hanya tinggal sejarah..
3 elemen ini jika gabung disari pasti menghasilkan satu kekuatan yang akan mendominankan diri , berani mara kehadapan berpaksikan kalam tuhan dan Ar-Rasul..
Oleh itu teman,,marilah sama –sama kita berusaha untuk memenuhi 3 aspek terpenting ini ,untuk membina dan membentuk kembali jundullah-jundullah yang bisa mengecut perutkan pihak kafir laknatullah..sampai bilakah kita perlu bersikap pesimes terhadap diri.???sudah banyak kerosakan bertebaran dimuka bumi Allah ini..sangupkah kalian hanya duduk menanti babak-babak seterusnya penindasan yang dilakukan terhadap saudara-saudara kita..apakah kalian sanggup menonton santai pertunjukkan sketsa kekejaman kafir laknatullah terhadap saudara –saudara kita yang tiada penghujungnya..dan yang terakhir adakah kalian sendiri sanggup menjadi mangsa selepas ini..???
Bangun serta bangkitlah syababul islam dan syabatul islam,,,marilah sama-sama , kita penuhkan dada-dada kita dengan ilmu dan thaqafah disamping menampil dan mempraktikkan syasiah yang terbaik yang berpaksikan iman dan aqidah yang salim..pasti pada suatu masa yang dijanjikan Allah nanti..kita dapat melihat kembali Islam dijulang tinggi….
Disini ,ana meringkaskan serba sedikit ,bagaimana menjana diri untuk mencapai matlamat yang ketiga yang telah digariskan oleh Prof Dr Yusuf Qardawi didlam bukunya yang berjudul “Thaqafah Daiah”…mungkn kita sama-sama merasakan betapa susahnya untuk memenuhi syarat-syarat yang telah digariskan .namun ini,tidak menjadi penghalang untuk kita sama-sama berusaha merealisasinya..teringat ana pada majlis koluqium ilmuan untuk mahasiwa baru.ketika menduskusi kitab ini..satu persoalan yang dilontarkan oleh seorang ikhwah yang bertanyakan kenapa Dr yusuf Qardawi meletakkan syarat yang begitu ketat dan rinci untuk bergelar sebagai duat..dan ada pula setengah pemikir-pemikir islam yang lain tidak meletakkan syarat sebegitu..jawapan yang padat telah diberikan kepadanya..Prof Dr Yusuf Qardawi meletakkan syarat-syarat ini.bukan bermaksud yang mampu memenuhi syarat ini sahaja yang boleh bergelar daie.tetapi ia bermaksud untuk menjana dan memprodukkan pendaie yang berkualiti tinggi ,yang terbaik. Yang merupakan aset yang terpenting kepada semua umat islam…oleh itu marilah sama-sama kita melangkah kearahnya walaupun dengan merangkak-rangkak ataupun mengesot-ngesot sekalipun..mudah –mudahan dengan usaha dan niat kita untuk memertabatkan addin kita,dikira sebagai amal soleh untuk dihadapkan dihadapan pencipta kita..insyaalah…
PEMBAHAGIAN THAQAFAH…
1. Thaqafah islamiah/diniah(agama)
2. thaqafah tarikhiah(sejarah)
3. Thaqafah Adabiah&Lugawiah(sastera&bahasa arab)
4. Thaqafah Insaniah(kemanusian)
5. Thaqafah Ilmiah(sains)
6. Thaqafah Waqiah(semasa)
1. Thaqafah Islamiah/diniah(agama)
Thaqafah Islamiah ialah pengetahuan tentang islam dari sudut manhaj,usul dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya atau terhasil daripadanya..sebagainya contohnya kita perlu memdalami pelbagai ilmu islam seperti tauhid,usul fiqh.fiqh,tasawuf dan sebagainya..
Diantara ilmu-ilmu isl;am yang mesti dikuasai oleh para duat ialah:
1. Al-Quran &tafsir
2. As-Sunnah an- Nabawiah
3. Fiqh
4. Usul Fiqh
5. Tauhid atau aqidah
6. Tasawuf
7. Falsafah Islam
2. Thaqafah Tarikhiah(sejarah)
Apa yang perlu diambil berat disini adalah sejarah islam dan ummatnya secara khusus dan sejarah peradaban manusia secara umum.
3. Thaqafah adabiah& lugawiah(sastera&bahasa arab)
Antara aspek yang perlu diraikan dalam konteks ini ialah:
1. Bahasa arab pada sudut kefasihan dan kesan kepada pendengar.
2. Sastera atau kesusasteraan dengan menguasai syair,kata-kata hikmah,pidato,kisah-kisah pengajaran dan laini-lain.
3. Thaqafah Insaniah(kemanusian)
Diantara ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kemanusian ialah :
1. ilmu psikologi
2. Ilmu kemasyarakatan
3. Ilmu Ekonomi
4. Ilmu Fasafah
5. Ilmu Moral
6. Ilmu Sejarah
7. Ilmu Pendidikan.
5)Thaqafah Ilmiah(sains)
Para duat bukanlah dikehendaki menguasai ilmu ini secara mendalam,akan tetapi mencukupi dengan mengetauhi sedikit sebanyak asas-asas yang berkaitan dengannya untuk kepentingan dakwah masa kini seperti yang dilakukan olah Harun Yahya dan lain-lain..Andai para duat mampu menguasai ilmu ini ,ia adalah satu bonus yang amat-amat membantu melancarkan kibaran seruan dakwah ini..Diantara ilmu-ilmu yang berkaitan dengan ilmu sains ini ialah:
1. fizik
2. Kimia
3. Biologi
4. Astronomi
5. Perubatan
6. Geologi
6)Thaqafah Waqiah(Isu semasa &reality umat)
Diantara ilmu-ilmu yang berkaitan dengan pengetahuan isu semasa ialah:
1. Keadaan dunia islam(goegrafi,ekonomi,faktor kebangkitan,sebab kejatuhan dan lain-lain)
2. Kedudukan kuasa dunia yang memusuhi islam(yahudi,kristian&komunis)
3. Kedudukan agama-agama selain Islam(yahudi,kristian,hindu,Budha)
4. Kedudukan blok-blok politik dunia(komunis,kapatalis,sosialis,demokraktik & dictator)
5. Keadaan gerakan dan institusi Islam(Ikhwanul muslimin,JI,Al-Azhar,OIC,WAMY,Majma’ Fiqh,Taqrib mazhab, PAS,kementerian waqaf dan selainnya)
6. Kewujudan aliran pemikiran yang menentang Islam(komonis,liberalisme,kapatalisme,nasionalisme,sekularsme,…gerakan freemosonary…
7. Kewujudan kumpulan-kumpulan yang terseleweng dari Islam(Bahai,Qadiani,sisters in Islam.irc dll….)
8. Realiti semasa yang wujud di tempat masing-masing..
Moga sedikit perkongsian ini,mampu meniup ruh semangat kalian dalam meniti bibit-bibit perjuangan ,melangkah padu menapak diri dalam medan pertempuran ,serta sentiasa bersiap siaga menunggu panggilan kesyahidan!!!








