
Ana mengenali kitab ini semasa ana menghadiri salah satu program kolukium(Q)anjuran PMRAM khas untuk mahasiswa baru disini..kitab ini telah didaurahkan dlm program tersebut,terima kasih buat pihak penganjur yang berjaya membuka minda ana untuk lebih mendekati dan mengenali buku berbentuk fikrah dlm versi arabiah..Isi yang cukup menarik,lontaran iadea yang bernas untuk dan bagi kita yang bergelar shabab...Penulis buku ini adalah Dr Abdullah Nasih Ulwan...ulama terkenal dlm haraki dan penulisan ..beliau telah mengeluarkan pelbagai tajukbuku..sesiapa yang menghayati hasil tulisannya pasti merasai kemanisan ikhlas dlm penulisannya...yang mampu membawa kita kearah koreksi diri..dan menaikkan semangat dalam menempuh ranjau perjuangan..
dari buku kecil ini,Dr abdullah Nasih ulwan meletakkan beberapa aspek penting yg perlu diketauhi dan di bina di dlam hati shabab yang bergelar pejuang...ini adalah sbg asas yang perlu diketauhi serta dikuasai sebelum terjun kelapangan ummat ..andai syabab kurang persediaan dan tdk menguasai asas perjuangan ,kita dapat melihat betapa ramai yg kecundang di tgh jalan..yang mana kita sedia maklum thoriq perjuangan bukanlah dihampar dgn kapet merah atau ditabur dgn haruman2 bunga tetapi ianya dipenuhi duri2 yang bisa menyakitkan dan memilukan...itulah peri pentingnya kita menguasai asas2 perjuangan supaya pejuang2 addin ini sentiasa thabit dan istiqamah dlm menempuh jln...
Pada awal penulisan,Dr Nasih ulwan membincangkan dan melontarkan persoalan "Mengapakan kita dijadikan Dan Apakah kepentingan kamu duhai Syabab??"bagi menjawab persoalan ini,beliau meletakkan 4 jawapan asas ...
1. kita dijadikan bagi merealisasikan matlamat kehambaan dan penyerahan diri kpd Allah swt..bersesuaian dgn firman Allah swt dlm surah Dzariyat ayat 56 mafhunnya.."Dan tidak aku mencipta Jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahku"
2. Dijadikan kita untuk iltizam dgn manhaj rabbani bukan yang datang drpd yang batil.."Barangsiapa mencari agama selain agama Allah Islam,maka sekali2 tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya,dan di hari akhirat termasuk golongan2 yang rugi)
3. Dijadikan kita juga adalah untuk untuk memberi wala’ dan ketaaatan kepada Allah,rasulNya dan Orang2 mukmin …..firman Allah swt..:(Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah,rasulNya,dan orang2 yang beriman,yang mendirikan solat,dan menunaikan zakat ,seraya mereka tunduk(kpd Allah).dan barang siapa mengambil Allah,Rasulnya,dan orang2 beriman menjadi penolongnya,maka sesungguhnya pengikut (agama)Allah itulah yang pasti menang ) ayat 55-56 surah maidah.
4,Yang paling utama kita dijadikan adalah untuk mendirikan Hukum Allah diMuka Bumi,mengeluarkan segala bentuk perhambaan hukum manusia dan mengeluarkan segala kebatilan kufar kpd keadilan dan kesyumulan Islam…
Dan pada bab berikutnya penulis bertanya lagi…:”wahai Pemuda….Dengan apakah segalanya Terlaksana???
Bagi menjawab lontaran soalan ini…Dr Nasih ulwan tlh menggariskan 5 SIFAT ASAS “RIJAL @ SYABAB”untuk mencapai tujuan kejadian..
1.Iman yang mendalam yang tidak mudah goyang,((Sesunguhnya orang2 yang beriman mereka tidak ragu2 dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah,mereka itulah orang2 yang benar..)hujurat ayat 15.
2. Ikhlas yang sebenar bukan yang dibuat 2 atau yang penuh kepura-puraan …
(Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan memurnikan ketaatan kepadaNya dalam keadaan hanif,dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat ,itulah agama yang lurus….)Surah Bainah ayat 5
3. Azam yang kukuh,yang tidak gentar dan bimbang …(yaitu orang2 yang menyampai risalah allah,dan takut kepadaNya dan tiada merasa takut kepada seorang(pun) kecuali Allah,dan cukuplah Allah sbg pembuat Perhitungan ) surah al-ahzab ayat 39.
4. Amal atau usaha yang berterusan..
(Dan katalah:bekerjalah kamu ,maka allah dan rasulNya serta orang2 Mukmin akan melihat pekerjaanmu itu,dan akan kembali kpd(Allah) yang mengetauhi akan yang ghoib dan yang nyata,lalu diberitakan –Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan..) taubah ayat 105.
5.pengorbanan yang tinggi ..(Apakah kamu mengira bahawa kamu masuk syurga,padahal belum dating kpmMU (cubaan) sebagai mana halnya orang2 terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan ,serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan)sehingga berkatalah Rasul dan Orang2 beriman bersamanya “Bilakah datangnya pertolongan Allah?Ingatlah,sesunguhnya pertolongan Allah itu amat dekat,,)surah Baqarah 215 .








