
satu garapan penulisan dari hati seorang adik lelaki..mudah-mudahan ada manafaat buat kita yg bergelar muslimah...jom hayati karya adik ini..
Hmm.. Semacam je tajuk utk post kali ni ek..
Bg yang biasa dgn prgrm2 dakwah & usrah, kalimah akhwat tu mungkin dah biasa & sudah tentu mereka faham apa maksudnya.. Tapi sy tahu, agak ramai yg masih belum tahu maksud akhwat itu..
Akhwat adalah kalimah bahasa arab yg merujuk kpd kaum wanita, perempuan & muslimat yg ramai..
Dlm bahasa arab, akhwat juga sinonim dgn kalimah nisa' & mar'ah..
Ada yg mengatakan semuanya memberi maksud yg sama, namun ada yg mendefinisikan setiap kalimah itu dgn maksud yang berbeza..
Namun, sy di sini bukanlah ingin membahaskan lebih mendalam tentang definisi akhwat itu..
Cukuplah sekadar kita tahu bahawa akhwat itu bererti wanita..
Akhwat.. Nisa'.. Mar-ah.. Muslimah..
Satu kaum yg cukup buat sy takut utk berurusan dgn mereka..
Andai tersasar sedikit, maka jatuhlah fitnah yg amat bahaya..
Kalau boleh, sy mahu setiap urusan sy tak akan membabitkan golongan muslimat ini..
Tamau-tamau-tamau-tamau...~~
Tapi, apakan daya.. Di zaman yg serba mencabar ini, hampir setiap urusan pasti perlukan bantuan wanita..
Kerana lelaki itu bukanlah insan sempurna.. Dan wanita sememangnya diciptakan utk melengkapi kekurangan yg wujud dalam diri lelaki itu..
Nak tak nak, sy mmg perlu berurusan dgn golongan akhwat ini..
Alhamdulillah, buat masa ni, sy mmg jarang melakukan kerja bersama mereka..
Tapi akan datang, siapa yg tahu kalau2 sy terpaksa utk selalu berhubung dgn mereka, utk melaksanakan tugas yg diamanahkan..? hmm...
Kita tahu bahawa mu'amalah antara lelaki & wanita ada syarat2nya & batasannya..
Semua ini Islam sediakan bukan utk membebankan manusia, tapi utk kebaikan manusia juga..
Allah itu Tuhan, kita ini hamba yg diciptakan.. Pasti Dia yg yg paling mengetahui & amat arif dgn manusia yg Dia ciptakan.. Pasti Dia tahu segala perkara yg memberi kebaikan & yg memberi mudharat kepada manusia..
Jadi, mengapa perlu dipertikaikan lg syariat Islam dalam membataskan pergaulan lelaki & perempuan..? Mengapa dipertikaikan lg kewajipan menutup 'aurat? Dan segala syariat yg Allah sudah tetapkan yg terbaik buat manusia?
Ah, mcm2 alasan diberikan..
Kalau tak boleh pakai tudung, pakai la kelambu ke, sarung guni ke.. Langsir pun ok ape, ade corak sikit..
It's up to you.. Asalkan menutup aurat.. Kan? Kan?
Apa tak cukup senang ke syariat Islam ni..
Kalau rasa benda tu susah sekalipun, pasti ada kebaikannya.. Ada manfaatnya..
Bukan saja2 Allah letakkan satu syariat tu..
Ops, berbalik kpd mu'amalah antara lelaki & wanita..
Sememangnya tak salah untuk mengadakan urusan dgn kaum yg berlawanan jantina..
Tapi, seperti yg sy katakan td, ada batasannya..
Senang je.. Tak la bnyk sgt syarat2nya.. Dan tak susah pun utk dilaksanakan..
Syarat-syarat mu'amalat / pergaulan antara lelaki (muslim) & perempuan (muslimah)..
1) Berurusan di tempat yg tak sunyi.. Ada ramai org.. Lg ramai lg bagus..
2) Tak berdua-duaan.. Bawa la member sejantina seorang-dua.. Nk lg ramai pun ok..
3) Jaga jarak pertembungan.. Lagi jauh lg bagus.. Kalau nk jauh 100m pun orait.. Agak2 la ye.. Lebih afdhal jika berhijab..
4) Jaga pandangan.. Kurangkan 'eye contact'.. biarpun ia tak bagus ketika mengadakan pembentangan, tapi ia bagus ketika berhubung dgn kaum yg berlainan jantina.. Tapi, pastikan fokus pada urusan.. Jgn pandang tmpt lain, lps tu fikir benda lain..
5) Wanita- menegaskan suara.. Jgn sesekali keluarkan suara merdu anda.. Kasi rock sikit suara tu..
6) Wanita- tak menampakkan sebarang aksi yg boleh menggoda.. Maksudnya, takde la lenggok2 manja, possing atau sebarang aksi yg boleh memanjangkan renungan si lelaki..
7) Sebolehnya urusan diselesaikan secepat mungkin.. Secepat anda meng'order' roti canai mahupun teh tarik.. Baru je order.. "Siap..!"
Tu je.. Tak susah la.. Senang je..
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih..
Ha.. cerita pasal Facebook pula.. (termasuk la laman2 sosial lain..)
Terus terang sy katakan ramai yg add sy terdiri dari golongan wanita..
Terdiri dari pelbagai latar belakang.. Yang sekolah agama, mahupun yg sekolah biasa2..
Bg sy, kalau ada yg nak add, silakan la..
Dan sy akan approve semua request tu, selagi profile pic die tu memakai tudung..
Kalau tak, sy akan ignore awal2.. (minta maap ye..)
Tapi kalau anda ternampak mana2 friend sy yg x pakai tudung, tu maknanya masa dia add dia pakai tudung, lps tu dia tukar gambar plak.. adeh...
Bila sy dah approve, maka dgn serta merta mereka boleh menulis apa2 di wall sy, berchatting dgn sy, mengomen gambar2 sy..
Ya, silakan..
Tapi, sy minta maaf awal2, kalau ada contengan di wall sy tu yg sy sengaja delete..
Ada yg nk chat tp sy tak layan langsung..
Ada msj2 yg dihantar kat inbox yg tak dibalas..
Maap la ye..
Antara tulisan2 dari perempuan yg sy akan delete/ tak layan :
"hai.."
"hello"
"assalamu'alaikum.."
"tq approve"
"boleh berkenalan?"
"oh, abg ni hensem la.."
-- (terasa mcm pelakon Korea pulak.. ngee..~~ perasan...~~ :P)
"salam ukhwah.. moga ukhwah berpanjangan.."
atau apa saja ayat2 yg akan buat muka sy drpd begini :
^_^
menjadi begini :
=.="
"Kenapa x jwb salam tu..? Bukan ke jwb salam tu wajib..?"
"Kenapa salam ukhwah tu pun nk delete..?"
Ok, jgn salah faham dgn hukum jawab salam & konsep ukhwah..
Mmg jwb salam tu wajib..
Tp yg ustaz sy ajar dlm pelajaran Fiqh utk I'dadi dulu, menjawab salam ada beberapa hukum..
Kalau wanita yg bukan muhrim kirim salam kpd lelaki, MAKRUH lelaki tu menjawab salam tersebut kerana boleh menimbulkan fitnah..
Kalau lelaki yg bukan muhrim kirim salam kpd wanita, sy x berani nk kata haram.. mungkin tak la sampai jatuh haram.. Maap, sy pun manusia.. Lupa tu perkara biasa.. Ok, sy lupa hukumnya apa.. Tp bukan wajib.. Abaikan saja salam dari lelaki tersebut, kerana ia mmg akan menimbulkan fitnah..
Tapi, dalam situasi yg tak menimbulkan fitnah, maka jawablah salam tu..
Contohnya, bila seorang pelajar masuk ke dalam kelas, dia memberi salam kpd seluruh ahli kelas..
Maka jawablah salam tu..
Dan bila murid2 perempuan memberi salam kpd guru lelaki atau sebaliknya, maka itu tak salah, kerana salam itu diberikan utk menghormati guru tersebut..
Berkenaan ukhwah pula..
Ukhwah adalah ikatan persaudaraan sesama Islam, namun sandarkanlah ia pada saudara sesama jantina kita sahaja..
Ianya hubungan yg suci..
Ianya ikatan kasih sayang yg menjadi kekuatan antara sahabat..
Jgn cemarkan kalimah ukhwah itu dgn sesuatu yg tak sepatutnya..
Patutkah kita berkasih sayang seteguh ikatan ukhwah antara lelaki dan perempuan..?
Ianya tak relevan sama sekali..
Seorang muslim dengan muslimah adalah kenalan semata-mata..
Kenalan.. Insan yg kita kenal..
Bertemu bila berurusan.. Tak ada urusan tak payah bertemu..
Tu je..
Nak sayang2, nak kenal lebih2, pi la sayang kat suami awak tu..
Kalau belum ada tu, sabar la ye..
Sbb sy pun cuma sayang kat zaujah sy sorang je..
Satu-satunya wanita yg sy sayang, dan mmg patut sy sayang pun.. (lps mak sy, nenek sy..)
Suami mana tak sayang isteri sendiri kan..?
So, perempuan lain jgn la kacau.. kikiki.. :P
(eh.. aku belum nikah lg rupanya.. melalut plak.. ehehehe...)
Hmm.. Kadang2 kita suruh org lain buat, tapi kita sendiri tak buat.. Na'udzubiilah.. Perkara ni yg sy takut.. (As-Saff, 61 : 2, 3)
Sbb sy tahu.. Hakikatnya, mmg tak mudah untuk menjaga diri kita drpd tersasar drpd syarat2 td..
Sy sendiri tak lari kesilapan & kesalahan.. Kerana sy juga manusia.. Moga2 Allah ampunkan..
Syaitan itu ada, nafsu itu juga ada..
Dua lawan satu, selalunya satu itu yg kalah..
Tapi bg yg benar2 berpegang pada Islam, dua itu mudah untuk dikalahkan..
Seperti tentera Badar yg sikit mampu mengalahkan tentera musyrik yg ramai, kerana mereka berpegang teguh pada Allah, yakin pada Allah..
Sebagai lelaki, sy tahu betapa sukarnya menjaga diri ketika berdepan dgn wanita..
Lagi2 dgn wanita yg cantik.. Lagi2 dgn wanita yg kita dah jatuh hati..
Pandang mata dia je dah boleh buat diri tak terkawal..
Nampak dia senyum je dah rasa nak rebah..
"Feewiit..~ Cun siot..~" (ni kalau lelaki gatal...)
"Ya Rabbi, comelnya.." (ni budak baik.. ckp dlm hati je..)
"Apesal la awak ni kiut sgt.. Dush3..!!" (ketuk kpale sndiri ngan bantal yg ntah dtg dari mana..)
"Erk! Adakah bidadari turun ke bumi..?!" (pengsan..)
"Aah..~ I'm flying in the sky..~ Wee...~" (ceh, baru senyum sket, lebih2 plak die.. =.=")
p/s : antara bisikan2 hati si lelaki ketika bertemu wanita yg boleh diklasifikasikan sbg cantik, comel, cun, molek..
Astaghfirullah al-'Azim..
Dahsyat panahan syaitan ni..
Maunya tak dasyat, mereka lagi bnyk 'ilmu dari kita..
Syaitan yg dulunya azzazil tu makhluk yg paling mulia di syurga..
Ketua di syurga..
Jadi, malaikat pun tak sehebat mereka.. Apa lg kita..?
Mereka itu dari api, malaikat itu dari cahaya, kita pula dari tanah..
Tapi jgn lupa.. Tanah boleh padamkan api..
Jangan risau, sehebat2 syaitan dgn godaannya, Allah telah jadikan kita lebih hebat daripada mereka sebenarnya..
Bukankah manusia itu sebaik2 kejadian/makhluk yg Allah ciptakan..? (At-Tin, 95 : 4)
Bererti kita pasti lebih hebat daripada syaitan, kerana syaitan itu juga makhluk..
Namun kita perlu ingat, kehebatan setiap makhluk itu hanya dgn izin Allah..
Sehebat2 manusia pun, ramai yg kalah dgn syaitan ini..
Kerana apa, itu salah manusia..
Allah sudah ciptakan dia hebat, tapi dia sia-siakan..
Dia lupa yg dia hanya akan jadi hebat dengan bantuan Allah..
Lalu, dekatkanlah diri pada Allah..
Mengapa lari dari Allah..? Mengapa ikut telunjuk syaitan yg 'kurang hebatnya' daripada kita..?
Maka hilanglah juga kehebatan itu bila berjauhan dgn Allah..
Lalu jadilah manusia yg hina, lebih hina dari binatang..
Manusia yg asalnya mulia, menjadi begitu hina..
Mahukah kita juga senasib seperti azzazil, asalnya mulia, lalu menjadi syaitan yg begitu hina kerana takabburnya..?
Ops, terkeluar topik lagi..
Maka, kuatkanlah diri ketika berhadapan dgn wanita..
Syaitan itu sentiasa dgn senjatanya bersedia mengadakan pelbagai tipu daya..
Cubalah sedaya mungkin melaksanakan setiap syariatnya..
Cintailah Allah, lebih dari cinta kita terhadap wanita yg kita minati itu..
Takutilah Allah.. Kenangkan azab yg bakal menimpa andai kita tersasar..
"Allahumma inni a'udzubika min fitnatin-nisa' "
= Ya Allah sesungguhnya aku berlindung denganmu dari fitnah wanita..
Wanita, ingatlah akan sebuah hadith Nabi..
Bahawa fitnah yg besar yang paling Nabi takutkan buat umat kita kini adalah fitnah dari wanita..
Peliharalah dirimu dari menyebarkan fitnah itu..
Sedarilah bahawa dirimu akan menyumbang kepada dosa yg dilakukan kaum lelaki..
Ketahuilah bahawa dosamu akan kian bertambah bila fitnahmu itu kian tersebar..
Takutlah, kerana ramai ahli neraka itu dari golonganmu, kerana fitnah itu..
Lalu, peliharalah dirimu..
Tolong, pelihara dirimu..
Kerana bila dirimu dipelihara, engkau insan yg mulia..
Kau insan istimewa..
Hiasan terindah di alam maya.. (wah.. ayat...~)
Moga kita terus diberi petunjuk dan hidayah Allah..
Doakan sy juga agar dapat melaksanakan apa yang saya sampaikan..
Mohon maaf juga andai ada apa-apa kesalahan dalam apa yg saya sampaikan..
Saya bukan insan sempurna.. Harap insan yg lebih berilmu tolong betulkan..
Moga tulisan kali ni memberi manfaat buat umat sejagat, insyaAllah..
- Alfi -
alwanPelangi